NADI Kampung Tuie

Pada hari Sabtu, 26 Julai 2025, program Tiny Techies telah mengadakan sesi live unboxing kit robotik melalui Google Meet. Program ini bertujuan memperkenalkan peserta kepada komponen asas robotik dan cara penggunaannya dalam pembelajaran.

Seramai dua orang peserta sekolah rendah hadir ke NADI Kampung Tuie untuk menonton sesi ini secara bersama. Mereka diperkenalkan kepada setiap komponen dalam kit robotik serta fungsi masing-masing, sambil diberi penerangan tentang projek-projek robotik yang boleh dihasilkan.

Program ini diharapkan dapat menanam minat awal terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), di samping memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada peserta.