NADI Kampung Tuie

Ahad, 27 Julai 2025, program Tiny Techies telah mengadakan sesi live unboxing kit IoT Innovation melalui Google Meet. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas Internet of Things (IoT) serta potensi penggunaan teknologi ini dalam projek inovasi.

Seorang pelajar sekolah menengah hadir ke NADI Kampung Tuie untuk menyaksikan sesi ini secara bersama. Peserta diperkenalkan kepada komponen kit IoT, fungsinya, dan penerapan teknologi IoT dalam kehidupan seharian.

Program ini diharapkan dapat memupuk minat pelajar terhadap bidang teknologi moden serta memberi asas pemahaman tentang inovasi IoT sebagai persediaan untuk projek pembelajaran seterusnya.