Program Tiny Techies – Ulangkaji Robotik (Sekolah Rendah) dan Ulangkaji Python (Sekolah Menengah) telah dilaksanakan pada Sabtu, 31 Januari 2026 dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan membantu peserta membuat ulangkaji asas pembelajaran teknologi dan pengaturcaraan mengikut peringkat umur. Bagi murid sekolah rendah, sesi tertumpu kepada pengukuhan asas robotik, manakala pelajar sekolah menengah didedahkan kepada ulangkaji asas bahasa pengaturcaraan Python.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, minat serta keyakinan peserta dalam bidang teknologi digital, sejajar dengan usaha membudayakan kemahiran STEM dalam kalangan pelajar.






Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/