NADI Kampung Tuie

Program Tiny Techies – Robotic Innovation Siri 2 telah dilaksanakan pada 16 Mei 2026 jam 2.30 p.m hingga 3.30 p.m secara dalam talian dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie. Penyertaan melibatkan peserta dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas robotik dan inovasi melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif, kreatif serta menyeronokkan. Sesi ini membantu peserta memahami konsep asas teknologi dan cara menghasilkan idea yang boleh diterapkan dalam pembangunan projek robotik mudah. Antara pengisian yang dijalankan termasuk pengenalan kepada konsep inovasi dalam robotik, fungsi asas komponen robotik, cara robot beroperasi serta penerapan elemen kreativiti dalam menghasilkan sesuatu projek. Peserta juga diberi peluang untuk meneroka idea serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis melalui aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Penganjuran program ini diharap dapat memupuk minat pelajar terhadap bidang robotik, teknologi dan inovasi sejak usia muda, seterusnya membantu membangunkan kemahiran abad ke-21 serta melahirkan generasi yang lebih kreatif dan berpengetahuan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/