Program Tiny Techies – Micro:bit & Robotik (Sekolah Rendah) serta Python, HTML & SQL (Sekolah Menengah) telah dilaksanakan pada 7 Mac 2026 jam 3.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengukuhan kemahiran teknologi kepada peserta mengikut peringkat umur. Bagi murid sekolah rendah, sesi memberi fokus kepada asas Micro:bit dan robotik, termasuk pengenalan kepada pengaturcaraan mudah dan aktiviti interaktif. Manakala bagi pelajar sekolah menengah, sesi tertumpu kepada asas bahasa pengaturcaraan seperti Python, HTML dan SQL yang penting dalam pembangunan teknologi dan aplikasi digital.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, minat serta keyakinan peserta dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam membudayakan kemahiran STEM dalam kalangan pelajar.



