NADI Kampung Tuie

26 OKTOBER 2024: PERTANDINGAN MOBILE LEGEND MLBB PERINGKAT NEGERI

NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan usaha untuk meningkatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan melalui program-program khusus yang dilaksanakan secara berterusan. Ianya bertujuan untuk membantu komuniti atau individu memperbaiki diri serta menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan dan perkembangan teknologi.

Pada 26 Oktober 2024, pasukan e-sukan NADI Kampung Tuie yang terdiri daripada 6 orang peserta telah menyertai pertandingan Mobile Lagends: Bang Bang (MLBB). Peserta telah mempamerkan kemahiran yang luar biasa dalam acara e-sukan tersebut. Walaupun tidak dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya, program ini telah memberi impak yang baik terhadap pasukan di mana setiap ahli menanamkan semangat kesukanan yang yang tinggi serta memupuk sebuah komuniti yang berdaya saing.

Setiap ahli pasukan berasa teruja dengan program e-sukan ini dan dapat mendalami dengan lebih jelas tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat. Pihak NADI Kampung Tuie berharap akan ada lebih banyak lagi program seperti ini menyusul bagi menyokong perkembangan e-sukan serta membuka mata ramai pihak tentang potensi kerjaya yang diperolehi melalui e-sukan.