Program saringan Mobile Legends Season 3 di bawah perkhidmatan pintar Pembelajaran Sepanjang Hayat – eSukan menyaksikan pasukan Zyfox dari NADI Kampung Tuie terus membuktikan kehebatan dalam arena kompetitif. Dalam tiga perlawanan yang berlangsung pada 1 November 2025, pasukan Zyfox yang dianggotai oleh enam orang pemain berjaya mengekalkan momentum cemerlang dengan memenangi ketiga-tiga match tanpa sebarang kekalahan.
Aksi konsisten, strategi permainan kemas, serta kerjasama mantap antara pemain menjadi faktor utama kejayaan mereka menguasai setiap perlawanan. Kemenangan bersih 3-0 ini bukan sahaja membuka laluan lebih luas untuk kemaraan ke pusingan seterusnya, malah mengangkat nama NADI Kampung Tuie sebagai pencabar utama dalam kejohanan Mobile Legends musim ini.
Program eSukan di bawah inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat ini terus menjadi platform penting untuk mencungkil bakat belia kampung dalam bidang permainan digital sekaligus memupuk kemahiran taktikal, komunikasi dan disiplin pasukan.



