Program Mahir Intake 4 telah memulakan sesi pembelajaran minggu pertama dengan pengenalan kepada kursus Mahir Prompt Engineering, Mahir Jahit dan Mahir Microsoft Excel.
Bagi Mahir Prompt Engineering, peserta diperkenalkan kepada tenaga pengajar serta Mahir Training System (MTS). Sesi turut memberi penerangan mengenai modul kursus yang akan dipelajari sepanjang program, antaranya memahami konsep Kecerdasan Buatan (AI), meneroka pelbagai alat AI yang popular serta menghasilkan pembentangan menggunakan teknologi AI.
Bagi Mahir Jahit, peserta mengikuti sesi pengenalan bersama tenaga pengajar dan Mahir Training System (MTS). Peserta turut diberikan penerangan mengenai objektif kursus, kandungan pembelajaran serta modul yang akan dipelajari pada kelas minggu berikutnya sebagai persediaan sebelum memulakan latihan praktikal.
Manakala bagi Mahir Microsoft Excel, peserta diperkenalkan kepada tenaga pengajar, Mahir Training System (MTS), silibus dan modul pembelajaran Microsoft Excel. Sesi ini turut menerangkan jadual kelas, kaedah pembelajaran serta hasil pembelajaran yang akan dicapai sepanjang program.
Program ini diharap dapat memberikan gambaran awal yang jelas mengenai setiap kursus, meningkatkan keyakinan peserta serta memastikan mereka bersedia mengikuti pembelajaran sepanjang Program Mahir Intake 4.






Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/