PERTANDINGAN EFOOTBALL PERINGKAT NEGERI
Satu Pertandingan eFootball Peringkat Negeri telah berlangsung pada Sabtu, 27 Disember 2025, dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang, dengan penyertaan wakil pemain dari NADI Kampung Tuie. Aktiviti ini telah dilaksanakan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Dalam pertandingan ini, peserta dari NADI Kampung Tuie telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan memenangi peringkat grouping bagi perlawanan R1 dan R3, sekali gus melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Walau bagaimanapun, peserta tersebut tewas pada peringkat suku akhir selepas memberikan saingan yang kompetitif.
Penyertaan ini memberi pendedahan kepada pemain terhadap pertandingan e-sukan di peringkat lebih tinggi serta membantu membina pengalaman, keyakinan diri dan semangat kesukanan. Penglibatan peserta dari NADI Kampung Tuie turut mencerminkan potensi bakat tempatan dalam bidang e-sukan dan menyokong pembangunan aktiviti digital dalam kalangan belia setempat.



Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/