NADI Kampung Tuie

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2025: KIDVENTURE – LIVE WEBINAR: CUTI SEKOLAH BIJAK DAN PRODUKTIF

Sempena Program Cuti Sekolah 2025, aktiviti Kidventure – Live Webinar: Cuti Sekolah Bijak dan Produktif telah dilaksanakan pada Isnin, 22 Disember 2025, bertempat di NADI Kampung Tuie.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta, khususnya pelajar, mengenai cara mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah dan produktif. Antara pengisian program termasuk perkongsian tip pengurusan masa, penerapan amalan pembelajaran kendiri serta galakan terhadap penggunaan teknologi secara berhemah dan berimpak positif.

Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu peserta merancang aktiviti cuti sekolah dengan lebih teratur, membina disiplin diri serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pembangunan kendiri sejak usia muda, selaras dengan usaha memperkasa pembelajaran sepanjang hayat dalam komuniti setempat.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/