PROGRAM CUTI SEKOLAH 2025: WEBINAR CYBERSECURITY – SIRI EDUSIBER @ NADI
Sempena Program Cuti Sekolah 2025, NADI telah menganjurkan Webinar Cybersecurity – Siri Edusiber pada Rabu, 24 Disember 2025. Program ini dilaksanakan secara dalam talian dengan tujuan meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan keselamatan siber dalam penggunaan teknologi dan internet seharian dengan pusat perlaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Webinar ini memberi pendedahan berkaitan asas keselamatan siber, ancaman dalam talian seperti penipuan digital, kebocoran data serta langkah-langkah perlindungan diri ketika melayari internet dan menggunakan media sosial. Penyampaian yang interaktif dan bersifat pendidikan membantu peserta memahami isu keselamatan siber dengan lebih jelas.
Penganjuran program ini diharap dapat membentuk pengguna digital yang lebih berwaspada, berpengetahuan dan bertanggungjawab, khususnya dalam kalangan pelajar sepanjang tempoh cuti sekolah. Program ini juga selari dengan usaha NADI dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan literasi digital komuniti setempat.




Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/