NADI Kampung Tuie

Nadipreneur: Live Webinar Perancangan Kewangan telah dilaksanakan pada Khamis, 22 Januari 2026 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengurusan kewangan yang teratur serta kepentingannya dalam kehidupan dan perniagaan. Antara topik yang dibincangkan termasuk perancangan bajet, pengurusan aliran tunai, simpanan, serta langkah awal membina disiplin kewangan bagi usahawan dan individu.

Penganjuran webinar ini diharap dapat meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan peserta, sekali gus menyokong pembangunan komuniti yang lebih berdaya saing dan stabil dari segi kewangan.