Program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat: Tiny Techies telah dijalankan secara dalam talian pada 18 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie. Program ini menampilkan dua bengkel utama yang memberi pendedahan kepada dunia teknologi dan pengaturcaraan digital kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bagi kategori sekolah rendah, bengkel bertajuk Mahir Sumo Robot memperkenalkan asas pengaturcaraan dan kawalan robot menggunakan platform pendidikan yang menyeronokkan serta interaktif.
Manakala bagi kategori sekolah menengah, bengkel Mahir IoT Inovasi memberi pendedahan kepada konsep Internet of Things (IoT) serta cara peranti boleh dihubungkan bagi membangunkan projek berinovasi.
Program ini membantu pelajar memahami asas teknologi moden dan menggalakkan minat terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi sejak di peringkat awal persekolahan.



