Pada 7 Oktober 2025 (Selasa), satu sesi Mahir Short Learning Series bagi bidang Mahir Masak telah dijalankan secara dalam talian di NADI Kampung Tuie. Sesi ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi dan disertai oleh pelajar Mahir Masak Intake 2.
Topik pembelajaran kali ini menumpukan kepada dua jenis hidangan iaitu banana pudding dan green onion pancake. Peserta didedahkan kepada langkah-langkah penyediaan, bahan yang digunakan serta teknik menghasilkan kedua-dua menu dengan hasil yang menarik dan enak.
Program ini bertujuan memperkukuh kemahiran peserta dalam bidang kulinari serta memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan kreativiti dalam penyediaan makanan. Secara keseluruhannya, sesi berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada peserta.



