Program Mahir Intake 3 telah melaksanakan Forum Bersama Komuniti pada Jumaat, 9 Januari 2026 dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini melibatkan penyertaan para peserta Mahir Intake 3 bersama wakil komuniti bagi tujuan perkongsian, sesi dialog dan pemantapan kefahaman mengenai hala tuju program Mahir.
Program Mahir merupakan inisiatif yang menawarkan latihan kemahiran jangka pendek kepada komuniti bagi meningkatkan potensi diri, kebolehpasaran dan peluang menjana pendapatan secara lebih sistematik. Terdapat lima kursus utama yang ditawarkan dalam Mahir Intake 3, iaitu:
- Mahir Masak & Penyediaan Makanan
- Mahir Fotografi
- Mahir Pertanian Pintar
- Mahir Baiki Gajet
- Mahir Jahit
Melalui forum ini, peserta berpeluang mengetengahkan pengalaman sepanjang mengikuti kursus, berkongsi cabaran dan kejayaan, serta mendapatkan pandangan daripada komuniti mengenai potensi pasaran dan keperluan setempat. Sesi ini juga memberi ruang dialog terbuka bagi membina rangkaian sokongan yang lebih kukuh antara peserta, komuniti serta pihak pelaksana program.
Penganjuran Forum Bersama Komuniti ini diharap dapat membantu memperkukuh peranan program Mahir dalam pembangunan kemahiran dan ekonomi komuniti, sekaligus memberi impak positif terhadap kebolehdayaan peserta dalam jangka panjang.


