Tempat: NADI Kampung Tuie
Kaedah: Secara dalam talian (online)
Bilangan Peserta: 1 orang
Program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat: E-Sukan (Sains Sukan: Fizikal & Pemulihan) telah dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh seorang peserta di NADI Kampung Tuie.
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek kecergasan fizikal dan teknik pemulihan badan yang penting bagi pemain e-sukan. Program ini menekankan kepentingan keseimbangan antara aktiviti permainan digital dan kesihatan tubuh bagi meningkatkan prestasi serta mencegah kecederaan berkaitan postur dan ketegangan otot.

