Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: NADI Kampung Tuie
Kaedah: Secara dalam talian (online)
Bengkel Mahir Tiny Techies bagi kategori sekolah rendah telah dijalankan secara dalam talian pada 27 September 2025. Seorang pelajar hadir dan mengikuti sesi tersebut di NADI Kampung Tuie.
Bengkel ini memberi pendedahan awal kepada peserta tentang Micro:Bit Robotic, termasuk asas pengaturcaraan dan cara mengawal peranti elektronik menggunakan kod mudah. Aktiviti ini membantu pelajar memahami konsep asas teknologi dan robotik dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.


