NADI Kampung Tuie

PERANCANGAN KEWANGAN

Program NADI X Keusahawanan: KidVenture telah dijalankan secara dalam talian pada 25 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie dan disertai oleh dua orang peserta.

Topik kali ini bertajuk “Perancangan Kewangan”, yang memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan mengurus wang dengan bijak sejak usia muda. Peserta belajar tentang konsep asas seperti menabung, mengurus perbelanjaan, serta membuat pilihan kewangan yang bertanggungjawab.

Melalui aktiviti interaktif dan penerangan mudah difahami, program ini berjaya memupuk kesedaran serta minat ke arah amalan kewangan berhemah dan asas keusahawanan dalam kalangan pelajar muda.