Program NADI X Keusahawanan: KidVenture telah dijalankan secara dalam talian pada 18 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie dan disertai oleh seorang peserta.
Program ini bertujuan memperkenalkan konsep keusahawanan asas kepada pelajar sekolah melalui aktiviti interaktif dan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Peserta didedahkan kepada cara berfikir secara kreatif, mengurus idea perniagaan kecil, serta memahami nilai tanggungjawab dan kerja berpasukan dalam dunia keusahawanan.
Program ini membantu memupuk minat keusahawanan sejak usia muda, seiring dengan matlamat membentuk generasi yang berdaya saing dan inovatif.


