BORAK KOMBUCHA: INSPIRASI DI SEBALIK RASA
Program NADI X Keusahawanan: EmpowHER telah dijalankan secara dalam talian pada 21 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie dan disertai oleh seorang peserta.
Sesi kali ini menampilkan topik Podcast Borak Kombucha: Inspirasi di Sebalik Rasa bersama tetamu jemputan Yazra Nadia binti Yahaya, Founder & Executive Director Citra Kesom Sdn. Bhd..
Perkongsian ini memberi inspirasi kepada peserta tentang perjalanan keusahawanan Yazra Nadia dalam membangunkan produk minuman kombucha tempatan serta cabaran dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan kualiti dan jenama perniagaannya.
Program ini berjaya memberi motivasi kepada peserta wanita khususnya untuk menceburi bidang keusahawanan dengan yakin dan berdaya inovatif.



