Program NADI X Keusahawanan: Edisi Strategi Perniagaan Usahawan NADI 2026 telah dijalankan secara dalam talian di NADI Kampung Tuie pada 27 dan 28 Oktober 2025. Program ini menghimpunkan beberapa slot pembelajaran yang memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran keusahawanan digital, pengurusan kewangan, serta strategi jenama bagi tahun 2026.
Antara slot yang dijalankan termasuk:
- Slot 1: Reset Bisnes 2026 – Rancang Sebelum Mula (Kewangan) oleh Tengku Ismith Bin Tengku Ilham
- Slot 2: Design Pintar Guna AI – Promosi Akhir Tahun Tanpa Pening Kepala (AI untuk Bisnes) oleh Najmi Ariff Che Harun
- Slot 3: Power Pitch Deck – Guna Canva Sediakan Pembentangan Berimpak (AI untuk Bisnes) oleh Najmi Ariff Che Harun
- Slot 4: Cukai Tak Menakutkan Pun!!! (Kewangan) oleh Muhammad Syarimi Bin Abdul Razak
- Slot 5: Jenama Ini Milik Aku… Ye Ke? Asas Cap Dagangan (Perancangan Perniagaan) oleh Najmi Ariff Che Harun
- Slot 6: Boleh Mudah, Kenapa Nak Susahkan? AI Senjata Produktiviti Bisnes (AI untuk Bisnes) oleh Najmi Ariff Che Harun
Program ini bertujuan memperkasa usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam merancang kewangan, menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pemasaran, serta membina jenama perniagaan yang kukuh menjelang tahun 2026.
Peserta mendapat pendedahan yang bermanfaat mengenai strategi digital, inovasi AI, dan pengurusan perniagaan yang lebih efisien.







