OSTEOARTRITIS BUKAN MASALAH WARGA EMAS SAHAJA, GOLONGAN MUDA PUN BOLEH KENA.
Program NADI X Kesejahteraan Kendiri dengan topik “Osteoartritis: Bukan Masalah Warga Emas Sahaja, Golongan Muda Pun Boleh Kena” telah dijalankan secara dalam talian pada 21 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie dan disertai oleh seorang peserta.
Sesi ini disampaikan oleh Dr. Tan Yong Lin, Consultant Orthopedic Surgeon dari Sena Specialist Hospital, Segamat. Beliau menerangkan secara terperinci mengenai penyakit osteoartritis, iaitu keadaan yang menjejaskan sendi akibat haus tulang rawan, serta faktor risiko yang turut dialami oleh golongan muda seperti berat badan berlebihan, kecederaan sukan, dan gaya hidup tidak aktif.
Peserta turut didedahkan kepada langkah pencegahan awal melalui senaman berkala, penjagaan postur badan yang betul, serta pemakanan seimbang. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan sendi sejak usia muda.



