NADI Kampung Tuie

BRO FIT LEVEL UP E060

Program NADI X Kesejahteraan Kendiri – MenWell telah dijalankan pada 25 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie melalui tontonan video YouTube bertajuk “Bro Fit Level Up! | E060”. Sesi ini disertai oleh seorang peserta.

Dalam episod ini, Coach Asyraf membimbing peserta melalui sesi Men Intermediate Workout, yang menampilkan rutin senaman lebih intens dengan bilangan ulangan (reps) lebih tinggi berbanding senaman asas, namun masih sesuai dilakukan di rumah.

Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan lelaki dengan menitikberatkan kecergasan fizikal, disiplin diri, serta peningkatan tahap kekuatan dan stamina secara konsisten.