WEBINAR RHEUMATOID ARTHRITIS BUKAN SAKIT BIASA
Program NADI X Kesejahteraan Kendiri dengan tajuk “Rheumatoid Arthritis Bukan Sakit Biasa” telah dijalankan secara dalam talian pada 24 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie dan disertai oleh seorang peserta.
Webinar ini disampaikan oleh Dr. Noraini Mat Hussin, Consultant General Physician (Rheumatology), yang menerangkan secara mendalam mengenai penyakit Rheumatoid Arthritis (RA) — sejenis gangguan autoimun yang menyebabkan keradangan sendi, kesakitan, dan kecacatan jika tidak dirawat awal.
Peserta diberi pendedahan tentang simptom awal RA, kepentingan diagnosis tepat, serta langkah rawatan dan gaya hidup sihat yang boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan pengesanan awal dan penjagaan kesihatan sendi secara berterusan.



