Program NADI X Kesedaran: SAFE & SHIELD telah dijalankan secara dalam talian pada 17 Oktober 2025 dan disertai oleh tiga orang peserta di NADI Kampung Tuie.
Topik SAFE – Lindungi Data Peribadi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk amalan keselamatan digital seperti penggunaan kata laluan yang kukuh dan elak perkongsian data sensitif.
SHIELD – Buli Siber menekankan kesedaran tentang bahaya buli siber serta cara melindungi diri dan membantu mangsa melalui saluran yang betul. Program ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta mengenai keselamatan siber dan tanggungjawab sebagai pengguna media digital yang beretika.





