NADI Kampung Tuie

Pada 28 September 2025, NADI Kampung Tuie telah menayangkan beberapa Video Khas NADI X Cybersecurity sebagai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu keselamatan siber. Tiga topik utama yang diketengahkan adalah:

  1. Semak Kecurian Data Peribadi
    Peserta diperkenalkan kepada platform Have I Been Pwned untuk menyemak sama ada emel peribadi pernah terlibat dalam insiden kebocoran data. Langkah ini penting bagi memastikan pengguna lebih berhati-hati dalam melindungi maklumat peribadi.
  2. Bahaya Beri Emel Peribadi, Mengapa?
    Topik ini menekankan risiko keselamatan apabila alamat emel dikongsi sewenang-wenangnya. Peserta juga diberi pendedahan tentang langkah perlindungan tambahan seperti penggunaan pengesahan dua faktor (2FA) untuk mengelakkan akaun mudah diceroboh.
  3. Kena Scam? Talian Anti Scam 997 Solusinya
    Video khas ini memberi penerangan mengenai talian khas 997 yang disediakan oleh pihak berkuasa sebagai langkah segera untuk melaporkan insiden penipuan dalam talian. Peserta digalakkan menyebarkan maklumat ini bagi membantu mangsa scam mendapatkan bantuan lebih cepat.

Secara keseluruhan, program ini berjaya memberi pendedahan yang jelas, mudah difahami serta relevan dengan isu keselamatan siber yang semakin mencabar hari ini.