Program NADI Preneur & EmpowerHER – Live Webinar (Pemasaran) telah dilaksanakan pada Khamis, 5 Februari 2026 jam 11.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta dalam bidang pemasaran melalui sesi webinar secara langsung yang lebih interaktif. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada konsep pemasaran, perkongsian strategi asas, serta perbincangan berkaitan cabaran pemasaran yang dihadapi oleh usahawan, khususnya dalam konteks perniagaan komuniti.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan peserta dalam merancang serta melaksanakan strategi pemasaran yang lebih berkesan, sejajar dengan usaha memperkasa usahawan melalui program NADI Preneur & EmpowerHER.




Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/