NADI Kampung Tuie

Program eKelas Usahawan telah dijalankan secara dalam talian pada 21 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie, melibatkan dua sesi pembelajaran berbeza yang disertai oleh seorang peserta bagi setiap sesi.

Pada sesi pagi, topik Strategi Pemasaran Digital memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan kaedah mempromosikan produk secara atas talian menggunakan platform media sosial dan alat pemasaran digital yang berkesan.

Manakala sesi petang bertajuk Asas Komunikasi Visual memberi tumpuan kepada kepentingan reka bentuk dan penyampaian visual dalam menarik perhatian pelanggan serta membina identiti jenama yang kukuh.

Program ini membantu peserta memahami peranan strategi digital dan komunikasi visual dalam memperkukuh kehadiran perniagaan di platform dalam talian.