NADI Kampung Tuie

Program NADI Nurture: DiLEA (Digital Learning Enrichment Activities) telah dijalankan secara dalam talian pada 25 Oktober 2025 di NADI Kampung Tuie dan disertai oleh seorang pelajar.

Sesi kali ini merupakan Webinar Berkala Matematik untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5, yang dikendalikan oleh Cikgu Wani. Kelas ini memberi tumpuan kepada pengukuhan asas matematik, teknik penyelesaian masalah, serta strategi menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan.

Program ini membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap konsep penting dalam matematik dan memupuk minat terhadap pembelajaran dalam talian secara interaktif.