“Bukan Kanser Biasa… Tapi Ini yang Ramai Rakyat Malaysia Kena”
Program NADI Care – Short Video: “Bukan Kanser Biasa… Tapi Ini yang Ramai Rakyat Malaysia Kena” telah dilaksanakan pada Rabu, 4 Februari 2026 jam 11.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia melalui penyampaian berbentuk video pendek yang ringkas dan mudah difahami. Kandungan video memberi pendedahan awal tentang kepentingan kesedaran kesihatan, pengesanan awal, serta amalan gaya hidup sihat.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti terhadap isu kesihatan, seterusnya menggalakkan masyarakat untuk lebih prihatin terhadap penjagaan kesihatan diri dan keluarga, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam menyokong kesejahteraan komuniti.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/