NADI Kampung Tuie

PROGRAM NADI-CARE (SHORT TIPS): “INI SEBAB KENAPA RAMAI ORANG MALAYSIA SAKIT AWAL”

Program NADI-care (Short Tips) bertajuk “Ini Sebab Kenapa Ramai Orang Malaysia Sakit Awal” telah dilaksanakan pada Isnin, 19 Januari 2026 dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang melalui sesi tontonan video di pusat pelaksanaan NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai faktor-faktor gaya hidup yang menyumbang kepada masalah kesihatan pada usia muda dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui video yang dipaparkan, peserta didedahkan dengan isu seperti pola pemakanan kurang sihat, kurang bersenam serta faktor tekanan hidup, di samping galakan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang.

Diharapkan penganjuran sesi ini dapat meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti serta menggalakkan amalan penjagaan diri yang lebih baik pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/