(Cara Betul Mengambil Ubat)
Program NADI Care – Puasa dan Ubat (Cara Betul Mengambil Ubat) telah dilaksanakan pada Selasa, 10 Februari 2026 jam 10.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai cara pengambilan ubat yang betul ketika berpuasa, khususnya dalam kalangan pesakit yang perlu meneruskan rawatan. Melalui perkongsian berbentuk penerangan dan video pembelajaran, peserta didedahkan kepada kepentingan pematuhan jadual ubat serta langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan terjaga sepanjang tempoh berpuasa.
Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan komuniti serta membantu peserta mengamalkan pengurusan pengambilan ubat yang betul dan selamat semasa berpuasa, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam menyokong kesejahteraan masyarakat.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/