Pada minggu kelima, Kelas Mahir Intake 2 diteruskan dengan beberapa topik dalam bidang kemahiran terpilih. Bagi Mahir Jahit, peserta mempelajari teknik menggunting fabrik apron, manakala Mahir Foto memberi tumpuan kepada tips penggunaan telefon pintar, jenis-jenis fotografi serta teknik komposisi, elemen dan perspektif dalam fotografi. Sementara itu, Mahir Baiki Gajet melibatkan latihan membuka dan memasang peranti Android.
Bagi minggu ini, terdapat peserta Mahir Masak dan Mahir Pertanian Pintar yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan. Selain itu, tidak semua peserta hadir mengikut sesi masing-masing di NADI Kampung Tuie, namun kelas tetap berlangsung secara dalam talian dengan baik.




