Pendekatan minggu ini memberi tumpuan kepada penguasaan asas kemahiran teknikal mengikut kursus masing-masing. Antara topik pembelajaran yang telah dilaksanakan ialah:
🔹 Mahir Pertanian Pintar:
Pengenalan kepada asas pertanian fertigasi, meliputi konsep asas, media tanaman, keperluan nutrisi dan kefahaman awal terhadap sistem fertigasi sebagai teknik pertanian moden.
🔹 Mahir Masak:
Pendedahan kepada SOP penggunaan mesin dan peralatan, merangkumi keselamatan dapur, proses kerja teratur serta penggunaan peralatan makanan secara betul dan terkawal.
🔹 Mahir Fotografi:
Pembelajaran asas fotografi termasuk pengenalan komponen kamera, asas pencahayaan, sudut rakaman dan teknik asas menghasilkan foto yang berkualiti.
Pelaksanaan Minggu 2 ini membantu peserta memahami asas kemahiran teknikal mengikut kursus masing-masing sebelum bergerak ke peringkat pembelajaran lebih mendalam pada minggu-minggu seterusnya. Sesi ini turut menyokong pembangunan kemahiran praktikal, disiplin kerja serta daya kreativiti peserta selaras dengan objektif program Mahir.






Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/