NADI Kampung Tuie

Program Mahir Intake 3 telah meneruskan pelaksanaan Minggu 19 dengan sesi pembelajaran mengikut kursus yang ditawarkan. Bagi Intake 3, penyertaan melibatkan kursus Mahir Pertanian Pintar, Mahir Masak dan Mahir Fotografi. Program Mahir Fotografi bagi sesi ini dilaksanakan secara pembelajaran kendiri di rumah peserta masing-masing menggunakan pautan yang telah diberikan. Berikut merupakan perjalanan program mahir sepanjang minggu ke-19.

1. Mahir Pertanian – Topik : Mikrobiologi Dan Simbotik Tumbuhan

  • Memberi pendedahan mengenai peranan mikroorganisma dalam pertumbuhan tanaman serta hubungan simbiotik yang membantu meningkatkan kesihatan dan perkembangan tumbuhan.
  • Peserta turut mempelajari kepentingan mikroorganisma dalam tanah, penyerapan nutrien serta penghasilan tanaman yang lebih berkualiti.

2. Mahir Masak – Topik : Pembuatan Burger

  • Peserta didedahkan kepada kaedah penyediaan bahan seperti penyediaan roti burger, daging atau inti burger, sayur-sayuran serta penggunaan bahan tambahan dan sos yang bersesuaian bagi menghasilkan rasa yang seimbang.
  • Peserta juga mempelajari teknik memasak yang betul termasuk kawalan suhu, tempoh memasak dan cara memastikan makanan dimasak dengan sempurna.
  • Penekanan turut diberikan kepada aspek kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk cara pengendalian bahan mentah, penggunaan peralatan dapur dengan betul serta amalan kebersihan semasa penyediaan makanan.

3. Mahir Foto – Topik : Content Creation Asas penciptaan kandungan (SEO), Creator Checklist & Idea+Hook

  • Peserta diperkenalkan kepada konsep SEO (Search Engine Optimization) sebagai salah satu elemen penting dalam meningkatkan capaian kandungan di platform digital.
  • Peserta turut didedahkan kepada Creator Checklist, iaitu senarai semakan penting sebelum sesuatu kandungan diterbitkan seperti kualiti visual, audio, pencahayaan, susunan kandungan, mesej yang ingin disampaikan serta kesesuaian kandungan dengan sasaran audiens.
  • Peserta juga mempelajari teknik menjana idea kandungan dan penggunaan Hook, iaitu kaedah menarik perhatian penonton pada permulaan video atau kandungan. Penekanan diberikan kepada penggunaan ayat, persoalan atau elemen visual yang menarik bagi meningkatkan kadar tontonan dan interaksi pengguna.

Pelaksanaan sesi pada minggu ini diharap dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang masing-masing serta menggalakkan penggunaan kemahiran digital dan kreatif secara lebih berkesan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/