NADI Kampung Tuie

Program Mahir Intake 3 telah meneruskan pelaksanaan Minggu 18 dengan sesi pembelajaran mengikut kursus yang ditawarkan. Namun, pada minggu ini program hanyalah melibatkan mahir pertanian pintar yang dijalankan dengan pusat perlaksanaan di NADI Kampung Tuie dan mahir foto dijalankan di rumah peserta masing-masing melaui pautan.

Pada minggu ini, peserta bagi kursus Mahir Pertanian Pintar telah mempelajari topik Perancangan Perniagaan yang memberi pendedahan mengenai kepentingan penyediaan perancangan yang teratur dalam pembangunan projek atau perusahaan pertanian. Peserta didedahkan kepada aspek asas seperti penentuan objektif perniagaan, perancangan operasi dan sasaran pasaran.

Dalam sesi ini juga, peserta diberi penerangan berkaitan aspek pengurusan kewangan termasuk anggaran kos permulaan, kos operasi, penetapan harga produk serta jangkaan keuntungan. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan membuat analisis risiko dan mengenal pasti cabaran yang mungkin dihadapi dalam pengurusan projek pertanian. Melalui pembelajaran ini, peserta dapat memahami bahawa perancangan perniagaan yang tersusun dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan.

Manakala bagi kursus Mahir Fotografi, peserta telah mengikuti topik Asas Penciptaan Kandungan iaitu penceritaan untuk TikTok – Hook, Nilai dan Call-to-Action (CTA). Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan berimpak tinggi di platform digital. Peserta mempelajari kepentingan penggunaan hook bagi menarik perhatian penonton pada permulaan video. Peserta didedahkan kepada kepentingan menggunakan ayat, visual atau persoalan yang menarik bagi memastikan penonton terus menonton kandungan yang dihasilkan.

Selain itu, peserta turut mempelajari konsep Nilai (Value) dalam penghasilan kandungan. Nilai merujuk kepada maklumat, ilmu, hiburan atau manfaat yang diterima oleh penonton daripada sesuatu kandungan. Peserta juga didedahkan kepada penggunaan Call-to-Action (CTA), iaitu elemen yang digunakan untuk menggalakkan tindakan daripada penonton seperti meninggalkan komen, berkongsi kandungan, menekan butang suka atau mengikuti akaun media sosial. Sesi ini menerangkan bagaimana penggunaan CTA yang sesuai dapat meningkatkan interaksi dan penglibatan pengguna terhadap kandungan yang dihasilkan.

Pelaksanaan sesi pada minggu ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang masing-masing, sekali gus membantu mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar serta menyokong pembangunan kemahiran komuniti.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/