NADI Kampung Tuie

Perjalanan program minggu 14 :

Program Mahir Intake 3 telah meneruskan pelaksanaan Minggu 14 dengan sesi pembelajaran mengikut kursus yang ditawarkan. Pada minggu ini penyertaan hanya melibatkan program mahir pertanian pintar dan mahir masak. Antara modul yang dipelajari adalah seperti berikut :

  1. Masak – Topik : Proses Sejuk Beku
  • Sesi memberi fokus kepada teknik penyediaan makanan untuk disimpan dan kaedah pembungkusan yang betul.
  • Sesi juga memberi penekanan kepada cara pengurusan bahan mentah bagi memastikan kualiti makanan terpelihara.

2. Pertanian Pintar – Topik : Kenali Serangga Makhluk Perosak

  • Peserta diberi pendedahan mengenai jenis-jenis serangga perosak serta kesannya terhadap tanaman.
  • Memahami kehidupan tersembunyi serangga.
  • Peserta diberi pendedahan tentang kaedah kawalan asas dalam pertanian.
  • Sesi juga memberi bimbingan akan kaedah mengembalikan keseimbangan ladang/tanah melalui pengurusan perosak bersepadu.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/