NADI Kampung Tuie

Program Mahir Intake 3 telah memulakan sesi Minggu 1 – Pengenalan dengan pengenalan ringkas mengenai struktur program, objektif pelaksanaan dan perjalanan kursus yang ditawarkan. Program Mahir merupakan inisiatif latihan kemahiran jangka pendek yang memberi peluang kepada komuniti untuk meningkatkan potensi diri, menambah kemahiran teknikal serta membuka peluang ke arah penjanaan pendapatan.

Sepanjang minggu pengenalan ini, peserta diterangkan mengenai struktur pembelajaran, modul latihan, penilaian serta hasil pembelajaran yang dijangka. Peserta juga diberi ruang untuk berkenalan antara satu sama lain, berkongsi latar belakang serta menyatakan motivasi dan harapan sepanjang mengikuti program.

Pelaksanaan minggu pengenalan ini diharap dapat membantu peserta memahami hala tuju program Mahir Intake 3, sekaligus mewujudkan semangat pembelajaran, kerjasama dan kefahaman awal sebelum memulakan sesi latihan kemahiran seterusnya.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/