NADI Kampung Tuie

Pada minggu ke-13, peserta Kelas Mahir Intake 2 meneruskan sesi pembelajaran dengan topik yang menekankan kemahiran lanjutan dalam bidang masing-masing.

Bagi Mahir Masak, peserta mempelajari cara pengiraan kos bahan dan hasil masakan bagi tujuan pengurusan perniagaan kecil atau penyediaan makanan yang lebih berkesan. Mahir Foto pula memberi tumpuan kepada teknik-teknik video shots dan poses, serta penghasilan video menggunakan telefon pintar yang merangkumi aspek pra-penerbitan, penerbitan dan pasca penerbitan. Sementara itu, Mahir Pertanian Pintar membincangkan topik teknologi lepas tuai dan pembungkusan hasil tanaman.

Kelas dijalankan secara dalam talian di NADI Kampung Tuie dan berjalan dengan lancar. Peserta menunjukkan minat serta kerjasama baik sepanjang sesi berlangsung.