NADI Kampung Tuie

Program Kidventure – Live Webinar Pemasaran telah dilaksanakan pada 28 Februari 2026 jam 10.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta, khususnya kanak-kanak dan remaja, mengenai konsep asas pemasaran dalam perniagaan. Sepanjang sesi webinar, peserta diperkenalkan kepada kepentingan pemasaran, cara mempromosikan produk secara kreatif, serta idea asas untuk menarik minat pelanggan.

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep pemasaran serta memupuk minat dalam bidang keusahawanan sejak usia muda, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam membentuk generasi yang kreatif, inovatif dan celik perniagaan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/