NADI Kampung Tuie

Program Kidventure – Live Webinar Bijak Kewangan telah dilaksanakan pada Sabtu, 31 Januari 2026 bermula jam 10.00 pagi secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta, khususnya kanak-kanak dan pelajar, mengenai kepentingan pengurusan kewangan secara bijak. Antara topik yang dibincangkan termasuk konsep asas simpanan, perbelanjaan berhemah, keperluan berbanding kehendak serta pembentukan tabiat kewangan yang positif sejak usia muda.

Penganjuran program ini diharap dapat membantu peserta memahami nilai pengurusan kewangan yang baik dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, selaras dengan usaha membentuk generasi celik kewangan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/