NADI x Kesedaran: Taklimat Pengasuhan Digital telah dilaksanakan pada Selasa, 20 Januari 2026 dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan pengasuhan digital dalam kalangan ibu bapa, penjaga serta komuniti. Antara elemen yang disentuh termasuk keselamatan penggunaan gajet, pengurusan masa skrin, risiko kandungan tidak sesuai, serta peranan pengawasan dewasa dalam penggunaan internet oleh kanak-kanak dan remaja.
Penganjuran sesi ini diharap dapat membantu komuniti memahami kepentingan pengasuhan digital yang seimbang, selamat dan bertanggungjawab dalam era teknologi masa kini.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/