Program Kesedaran – Taklimat Buli Siber telah dilaksanakan pada 10 dan 12 Februari 2026 secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie. Sesi dijalankan secara fleksibel bagi memberi peluang penyertaan yang lebih meluas dalam kalangan komuniti.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai isu buli siber yang semakin berleluasa dalam era digital. Sepanjang taklimat, peserta didedahkan kepada maksud buli siber, bentuk-bentuk gangguan dalam talian, kesan terhadap emosi dan keselamatan mangsa, serta langkah-langkah pencegahan dan tindakan yang boleh diambil sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut.
Pelaksanaan program ini diharap dapat melahirkan komuniti digital yang lebih beretika, berhemah dan bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial serta platform dalam talian, sejajar dengan usaha NADI Kampung Tuie dalam memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan komuniti digital.



Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/