PROGRAM KESEDARAN – KEMPEN INTERNET SELAMAT: LINDUNGI DATA PERIBADI
Program Kesedaran Kempen Internet Selamat bertajuk Lindungi Data Peribadi telah dilaksanakan pada 13 April 2026 hingga 15 April 2026 pada jam 3.00 petang secara dalam talian dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi ketika menggunakan internet dan peranti digital. Antara pengisian yang dikongsikan adalah termasuk jenis data peribadi yang perlu dilindungi, risiko pendedahan maklumat secara tidak terkawal, serta langkah-langkah keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang kuat, pengesahan dua faktor dan berhati-hati ketika berkongsi maklumat di platform dalam talian.
Penganjuran kempen ini diharap dapat membantu membentuk komuniti yang lebih peka terhadap keselamatan digital untuk kepentingan diri masing-masing seterusnya mengamalkan langkah-langkah perlindungan data peribadi dalam kehidupan seharian.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/