Pada 3 Februari 2025, seorang warga emas telah hadir ke Pusat NADI Kampung Tuie bagi membuat semakan kelayakan MyKasih (SARA). Semakan telah dilakukan oleh petugas menggunakan sistem dalam talian berdasarkan maklumat peribadi yang dikemukakan oleh pemohon.
Hasil semakan mendapati bahawa pemohon layak untuk menerima manfaat di bawah inisiatif MyKasih SARA. Pemohon telah dimaklumkan tentang status kelayakan tersebut dan diberikan penerangan lanjut berkenaan langkah seterusnya sekiranya permohonan perlu dikemukakan atau dikemaskini.
