Program e-Sukan bertajuk 2D Animation II telah dilaksanakan pada 23 Mei 2026 jam 9.00 a.m – 1.00 p.m secara dalam talian dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan konsep lanjutan dalam penghasilan animasi 2D melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan kreatif. Antara topik yang dibincangkan termasuk Bring Drawings to Life, yang memberi penerangan mengenai teknik menghidupkan lakaran atau ilustrasi melalui pergerakan dan ekspresi bagi menghasilkan animasi yang lebih realistik dan menarik. Peserta turut didedahkan kepada topik Applying the Principles, yang memberi fokus kepada penggunaan prinsip asas animasi seperti pergerakan, masa (timing), keseimbangan dan ekspresi bagi menghasilkan animasi yang lebih berkualiti. Selain itu, sesi Wrap Up and Big Picture turut dijalankan bagi memberi rumusan keseluruhan pembelajaran serta membantu peserta memahami gambaran yang lebih luas mengenai proses penghasilan animasi dan potensinya dalam industri kreatif digital.
Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam bidang animasi digital serta memupuk minat terhadap teknologi dan pembangunan kandungan kreatif.


Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/