NADI Kampung Tuie

Program e-Sukan bertajuk Keselamatan Akaun dan Data Pemain e-Sukan telah dilaksanakan pada 15 Mei 2026 dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan melindungi akaun permainan dan data peribadi daripada ancaman keselamatan siber. Antara pengisian yang dikongsikan termasuk penggunaan kata laluan yang kuat, pengaktifan pengesahan dua faktor (2FA), serta langkah mengenal pasti pautan dan mesej mencurigakan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada risiko keselamatan yang sering dihadapi oleh pemain e-sukan seperti kecurian akaun permainan, kebocoran maklumat peribadi, serangan siber dan penggunaan aplikasi daripada sumber yang tidak dipercayai.

Penganjuran program ini diharap dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan digital serta membentuk pemain e-sukan yang lebih peka, berwaspada dan bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan akaun serta data peribadi mereka.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/