NADI Kampung Tuie

Program eSport: Etika dan Sikap Pemain eSport telah dilaksanakan pada Sabtu, 17 Januari 2026 dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang, melalui sesi tonton video, bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan etika dan sikap yang baik dalam dunia eSport, khususnya melibatkan aspek disiplin, kerjasama berpasukan, kawalan emosi, komunikasi yang beradab dan integriti ketika bermain. Video yang dipaparkan turut mengetengahkan nilai-nilai positif yang perlu ada pada seorang pemain eSport berdaya saing selaras dengan perkembangan industri e-sukan yang semakin pesat.

Penganjuran program ini diharap dapat membentuk generasi pemain eSport yang bukan sahaja mahir dari sudut teknikal, tetapi juga berperibadi profesional, berakhlak serta mampu menjadi role model dalam komuniti digital.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/