NADI Kampung Tuie

Program DILEA – Webinar Berkala Sejarah Edisi 3 telah dilaksanakan pada 14 Februari 2026 jam 2.30 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan membantu pelajar memperkukuh pemahaman dalam subjek Sejarah melalui sesi pembelajaran secara interaktif dan tersusun. Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada perbincangan topik penting, penerangan fakta sejarah, serta teknik memahami dan mengingati isi-isi utama bagi membantu persediaan peperiksaan.

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam subjek Sejarah, sejajar dengan usaha program DILEA dalam menyokong kecemerlangan akademik dan pembelajaran berterusan dalam komuniti NADI Kampung Tuie.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/