NADI Kampung Tuie

Program DILEA – Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 7 telah dilaksanakan pada Sabtu, 31 Januari 2026 dari jam 3.00 petang secara online, dengan pusat pelaksanaan bertempat di NADI Kampung Tuie.

Program ini bertujuan membantu peserta meningkatkan kemahiran komunikasi dan penguasaan Bahasa Inggeris melalui sesi interaktif mengikut peringkat keperluan peserta. Sesi webinar memberi tumpuan kepada pengukuhan kemahiran mendengar, bertutur, dan memperkayakan perbendaharaan kata.

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman, keyakinan, dan minat peserta terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris, sejajar dengan usaha membina komuniti pembelajar bahasa yang aktif dan berdaya saing.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di: https://wa.me/601162921678
Sebarang maklumat terkini program di NADI boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook : https://www.facebook.com/nadikampungtuie
Titktok : https://www.tiktok.com/@nadi.tuie
Instagram : https://www.instagram.com/nadituie/
Portal : https://kgtuie.nadi.my/